Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani
Assalamualaikum,
Dalam kehidupan kita seharian, Allah telah menyeru kepada kita
supaya kita menunaikan solat Fardhu lima waktu, sehari semalam. Setiap kali
kita selesai menunaikan solat Fardhu, kita akan berzikir lalu berdoa kepadaNya.
Namun pernahkah anda terfikir bagaimana wujudnya zikir itu ?
Ketika
Allah SWT menjadikan Arsy dan memerintahkan malaikat memikulnya, lalu malaikat
cuba memikulnya dan terasa amat berat. Kemudian, Allah SWT menyuruh malaikat
mengucapkan ‘Subhanallah’. Sebaik saja malaikat menyebutnya maka Arsy yang
berat itu menjadi ringan. Lantas para malaikat membaca zikir ‘Subhanallah’ itu
selama-lamanya.
Berkata
Ibnu Abbas r.a “Apabila Allah SWT menjadikan Adam as maka yang pertama keluar
dari mulut Adam as ialah bersin. Lalu Allah mengilhamkan kepada Adam as untuk
menyebut ‘Alhamdulillah’. Sebaik saja Adam AS menyebut ‘Alhamdulillah’, lalu
Allah SWT menjawab ‘ Yarhamuka Rabbuka (kerana rahmat itulah Aku menjadikan
engkau). Kemudian para malaikat menggabungkan dua kalimah itu menjadi
‘Subhanallah Walhamdulillah.”
Para
malaikat membaca kalimah itu sehinggalah Allah mengutuskan Nabi Noh a.s.
Disebabkan kaum Nabi Noh a.s merupakan kaum yang pertama menyembah berhala maka
Allah SWT mewahyukan kepada Nabi Noh a.s supaya menyuruh kaumnya mengucapkan
‘Laa illahillallah’ bagi mendapatkan keredhaan dari Allah SWT. Lalu berkata
para malaikat, “Inilah kalimat ketiga yang besar dan baik dan tidak boleh kami
abaikan.” Maka para malaikat pun mencantum kalimah itu dengan kalimah
sebelumnya menjadi ‘Subhanallah Walhamdulillah. Walaa ilaha illallah.’
Para malaikat mengamalkan
kalimah itu sehinggalah terutusnya Nabi Ibrahim a.s. Setelah terutusnya Nabi Ibrahim a.s, Allah SWT telah memerintahkan
supaya Nabi Ibrahim a.s menjalankan korban anaknya yang mana akhirnya Allah SWT
telah menebus anaknya dengan seekor kambing. Apabila Nabi Ibrahim a.s melihat
anaknya diselamatkan oleh Allah SWT dan digantikan dengan kambing maka Nabi
Ibrahim a.s melafazkan ‘Allahu Akbar’ kerana merasa terlalu gembira di atas
nikmat yang dikurnia oleh Allah SWT kepadanya.
Para malaikat pun berkata, “Inilah kalimah keempat yang sungguh baik dan besar”. Kemudian
para malaikat menggabungkan kalimah itu dengan kalimah sebelumnya menjadi
‘Subhanallah Walhamdulillah, Walaa ilaha illallah, Wallahu Akbar.’
Ketika malaikat Jibril a.s
menceritakan kisah ini kepada Rasulullah SAW, baginda merasa kagum dan terus melafazkan ‘Laa haula
wala quwwata illa billahil aliyil aziem.’ Kemudian Jibril a.s berkata,
‘Gabungkan kalimah yang empat itu menjadi satu yakni…Subhanallah
walhamdulillah, walaa illaaha illallah wallahu akbar, La haula wala quwwata
illa billahil aliyil aziem.’
Maka itulah bagaimana kalimah agung tersebut disatukan. Jadi, marilah kita sama-sama beramal. InsyaAllah dengan amalan ini, syurga akan menjadi milik kita, InsyaAllah.
Bersama berkongsi,
Eyman Asyraf Masfazil
what we could have been, 12:51 am.