Assalamualaikum,
Pernah tak kita terfikir, apa tujuan kita hidup ? Ramai kata , " Hidup untuk cari ilmu " " Hidup untuk bekerja " " Hidup untuk bersuka ria " dan pelbagai lagi kerenah yang didengari. Sebenarnya, hidupnya kita sebagai hamba Allah di dunia ini adalah untuk Beribadah kepadaNya dan menjadi KhalifahNya.
Untuk beribadah, kita terdapat pelbagai mekanisme seperti mempelajari cara menunaikan solat di sekolah ataupun pembelajaran secara tidak formal. Dan di sini, tugas ibu bapa adalah menjadi mekanisme kepada anak-anak untuk menjadi Khalifah Allah SWT. Ibu bapa lah yang akan membentuk anak-anak mereka untuk menjadi pemimpin, walaupun sekecil mana tugasan yang diberikan, cara seorang anak mengendalikan tugasan tersebut mencerminkan cara ibu bapa mendidik anak-anak mereka. Tidak begitu ?
Seterusnya, pernah sekali saya disoal oleh ustaz, " Siapakah yang kamu sayang dalam dunia ini ? ". Lalu saya menjawab " Ibu ayahlah Ustaz, siapa lagi kan ? ". Ustaz tergelak kecil lalu menggelengkan kepalanya, " Bukan, dalam dunia ni kita harus letakkan Allah SWT sebagai yang pertama untuk kita sayangi kerana Dia yang menghidupkan kita, memberi rezeki kepada kita, memudahkan segala perkara dalam kehidupan kita. Yang kedua ialah Rasulullah SAW kerana beliau telah menjadikan Islam ini agama yang suci dan kita seharusnya bersyukur dilahirkan dalam Islam. Yang ketiga ialah siapa ? " Lalu saya menjawab " Ibu ayah ? ". " Ya tapi dengar dahulu. Pernah seorang lelaki datang kepada Rasulullah SAW dan bertanya, " Siapakah yang perlu aku berbuat baik ? " Lalu Rasul menjawab " Ibu ". Kali kedua , lelaki itu bertanya " Kepada siapa aku perlu berbuat baik selain Ibu ? " Rasul menjawab " Ibu mu '. Kemudian lelaki itu bertanya , " Selain itu, siapakah harus aku berbuat baik ? " Jawab Rasul " Ibu mu ". Lelaki itu tidak berputus asa lalu bertanya buat kali keempat, " Ya Rasulullah, kepada siapa harus aku berbuat baik selain Ibu ? ". Lalu Rasul pun menjawab " Barulah ayah mu." Baiklah Eyman, kat sini kita harus sedar bahawa taraf seorang Ibu itu 3 kali ganda lebih besar daripada seorang ayah. Maka yang ketiga, keempat dan kelima yang harus kita sayangi dalam dunia ini ialah Ibu kita dan diikuti dengan Ayah kita. Dan seterusnya baru lah adik beradik kita, saudara mara, isteri, guru-guru dan rakan-rakan."
Sedar ataupun tidak, kita sebenarnya sudah melupakanNya. Mungkin kita menunaikan solat lima waktu namun, adakah kita menunaikan juga ibadah sunatNya ? Membaca Al-Quran ? Jadi, marilah kita bersama menunaikan perkara-perkara wajib dalam Islam. Insyaallah Allah akan memudahkan segala perjalanan kehidupan dan menyelesaikan masalah yang kita hadapi. insyaallah.
Bersama kita berkongsi,
Eyman Asyraf Masfazil
what we could have been, 5:23 pm.