Assalamualaikum,
Today is the 13th day or Ramadhan. Alhamdulillah , everything went perfectly fine. During this event , I learn many things about being me as myself. Things are getting tougher and tougher as things are getting harder and harder.
Let me speak in Bahasa now.
Kehidupan aku semakin hari semakin sukar untuk aku lalui. Pelbagai dugaan aku hadapi setiap hari dan dugaan yang paling mencabar ialah dugaan untuk menentukan status sebuah persahabatan. Aku ingat akan bahawa aku seorang sahaja yang menghadapi dugaan ini, namun terdapat beberapa rakan aku yang lain menghadapi dugaan yang sama juga.
Aku akui , selepas kepulangan aku dari tanah suci Mekah, kehidupan aku kembali berubah daripada baik kepada buruk dan kian memburuk. Daripada aku menjaga solat 5 waktu kepada solat yang tidak menentu. Daripada membaca Al-Quran selalu kepada membaca majalah selalu. Ya , ramai berpendapat bahawa setiap umat Islam yang menjejakkan kaki ke Tanah Suci , kehidupannya akan berubah setelah pulang ke tanah air. Mungkin ini adalah dugaan aku. Biarlah aku lalui dengan tenang, mungkin Allah ingin aku mempelajari perkara-perkara baharu dalam kehidupan ini melalui dugaan ini ? Mungkin ya , mungkin juga tidak.
Tidak mengapa, biar aku laluinya.
Eyman Asyraf Masfazil