Assalamualaikum.
Untuk entri kali ini , Aku berniat untuk menaip menggunakan bahasa Melayu kerana entri ini lebih sesuai untuk disampaikan dalam versi bahasa Melayu.
Kisah kali ini , Aku ingin bercerita mengenai seorang kawan Aku yang bagiku , seorang yang sangat matang dalam memikirkan sesuatu perkara sebelum dia lakukannya. Tidak perlu untuk Aku beritahu siapakah gerangannya kerana Aku yakin , dia akan membaca entri ini.
Aku semakin hari semakin kasihan melihat pelbagai dugaan dan rintangan yang dia lalui. Kekadang , Aku tak sanggup melihat dia menderita walaupun dia seringkali berkata " Eyman , tengoklah nanti , aku akan make sure ...... " . Kata-katanya itu kekadang membuatkan Aku berasa yakin , dia memang tabah menghadapi segala dugaan ini.
Cabaran untuk memenang sebuah pertandingan pada bulan lepas gagal namun dia tidak mengalah. Dia ditawarkan untuk menghantar sebuah tesis kepada sebuah pertandingan inovasi di eropah dan kini , Aku bangga , dia berjaya mengagumkan Aku. Aku tidak sangka , apa yang difikirkan luar daripada kotak pemikiran rakyat tipikal. Dia , Kreatif dan Kritis.
Dahulu , pergaduhan sering tercetus antara Aku dan dia , peleraian berlaku sebelum menduduki PMR 2011. Saat keputusan diumumkan , Aku tidak risau akan keputusanku namun Aku risau akan keputusan dia. AKu tidak sanggup untuk melihat dia gagal dalam perjalanan hidup menuju menara gading. Alhamdulillah , dia juga mempunyai keputusan yang sama dengan aku.
Apa yang membuat aku terharu , walaupun dia berada dalam keluarga yang berada , tambahan ayahnya telah pergi buat selamanya , Dia masih mampu menghadapi segala dugaan ini. Sekadar perkongsian pengalaman , sewaktu Aku memegang slip keputusan PMR 2011 dia , Aku bangga mempunyai kawan seperti dia. Berkongsi tarikh lahir yang sama , ke mana-mana bersama. Dia sanggup turun ke Sekolah Bintang , Ipoh untuk mengambil keputusannya. Datang hanya dengan menaiki van , bersama 6 adik-beradiknya yang lain , memang terharu. Pertengahan perjalanan tergendala akibat gangguan teknikal pada van tersebut tidak pernah melupuskan impiannya untuk menunjukkan slip keputusannya kepada ibu yang tersayang. Aku bangga.
Sewaktu hendak datang ke Sekolah Bintang , datang menaiki van yang sama , tergendala separuh perjalanan namun tetap sampai ke sini jua. Tidak ada apa yang mampu memusnahkan semangatnya untuk menimba ilmu. Kekadang , Aku terkilan dengan sikap Aku yang hanya mampu berkata " Ya " , " Ok " dan sebagainya sewaktu dia bercakap dengan aku. Jauh sudut hati Aku , bangga tidak terkata.
Aku cuma berharap agar dia tidak akan lupa akan Aku walaupun hingga ke alam perkahwinan kelak. AKu tidak mahu persahabatan ini menjadi satu persahabatan yang tergendala pada satu titik di mana Aku dan dia mula mengejar impian dan cita-cita masing-masing. Aku tidak mahu dia melupakan Aku walaupun Aku tahu , Aku bukanlah seorang kawan yang baik kepadanya.
Aku Bangga Ada Kawan Macam Kau