Salam buat semua. Ya , kali ini , saya akan bercerita menggunakan bahasa ibunda iaitu Bahasa Melayu itu sendiri untuk mencerita apa yang sedang berlaku terhadap diri saya serta rakan seperjuangan saya.
Seperti yang sudah sedia maklum , saya masih lagi belajar di sebuah sekolah yang diiktiraf sebagai Sekolah Berasrama Penuh dan juga Sekolah Berprestasi Tinggi. Ya , saya akui , saya bukan seorang pelajar yang cemerlang mahupun aktif dalam sukan. Sumber merit kokurikulum saya hanyalah bergantung kepada Bahas Bahasa Melayu di sekolah , Sekolah Tuanku Abdul Rahman.
Pasukan bahas di sekolah amat mementingkan kriteria-kriteria tertentu dan juga mematuhi segala peraturan *
kecuali membawa telefon bimbit ke sekolah , atas sebab-sebab tertentu* . Jadi , apa yang cuba saya sampaikan di sini ?
Baru-baru ini , salah seorang daripada ahli
Keluarga Debat Bahasa Melayu STAR daripada kalangan pelajar tingkatan 3 melanggar peraturan sekolah iaitu keluar sekolah tanpa kebenaran pada masa yang tidak dibenarkan , pendek kata ,
fly ke luar sekolah lah. Isu ini mula hangat apabila si
dia kerap fly terutama selepas habisnya peperiksaan terpenting dalam kehidupan kami serta peperiksaan awam iaitu PMR.
Sebelum ini , saya akui , saya juga melanggar peraturan tersebut namun pada waktu tersebut , mungkin Allah ingin menyelamatkan hambaNya , saya terselamat daripada dicekup oleh polis yang tidak beruniform.
Itulah nama saya yang terpampang di blog KDBM STAR. Ya , saya seorang pelapis pendebat/pembahas sekolah , prestasi juga perlu ditingkatkan. Namun , kelemahan saya yang utama ialah MALAS. Eh , tukar topik pula. Ya , saya bukanlah seorang ahli KDBM yang GEMPAK tetapi saya mempunyai fikiran yang mampu memanipulasi keadaan.
Baiklah , ini adalah post ketua KDBM pada sesi tahun 2012. Secara umumnya , saya sendiri sedar bahawa saya juga melakukan kesilapan seperti apa yang dilakukan oleh si dia .
Manakala ini pula adalah luahan isi hati bekas ahli KDBM STAR yang kini menyambung pelajaran ke universiti.
Post ini mengejutkan saya. Saya masih diam dan tidak mampu berkata apa-apa. Saya sayang akan semua ahli KDBM dan saya juga ingin meneruskan legasi KDBM namun sekiranya takdir saya tidak akan berada di KDBM , saya sentiasa redha dengan apa yang Allah akan turunkan.
Sewaktu 3 minggu sebelum menghadapi PMR , ya , saya telah fly dan si dia telah mengetahui dan mula menyebarkan berita ini kepada semua senior KDBM. Pada waktu itu , saya tidak menegurnya hampir 2 minggu. Saya sedar , kesilapan tetap akan dibuat oleh hamba Allah yang masih naif.
Perkara yang mengejutkan saya ialah apabila si dia pula yang mula bergiat aktif dengan aktiviti fly ini. Saya dan rakan saya , Amirul Rosli , hanya berdiam diri dan mampu untuk berkata-kata sewaktu si dia keluar. Mana tidaknya , tanggungjawab setiap ahli KDBM tingkatan 3 ialah menganjurkan Pesta Bahas Bahasa Melayu untuk semua pelajar tingkatan 1 supaya kami dapat mencari pelapis. Namun , hanya saya dan Amirul Rosli yang mengendalikan kesemua aktiviti-aktiviti pesta tersebut. Si dia sebagai ketua seharusnya memikul tanggungjawab ini dengan penuh amanah.
Apa yang saya kesal di sini ialah si dia sebagai ketua seharusnya menunjukkan teladan dan menjadi contoh kepada semua ahli KDBM yang junior. Namun , dia gagal memikul tanggungjawab tersebut dan lalai dengan rakan-rakan yang lain dan mengikut arus negatif yang tersasar jauh daripada jalan yang lurus. Saya tidak mahu masa hadapan KDBM hancur dan nama sekolah gagal untuk dinaikkan semula. Ya , setelah sekian lama , selama 15 tahun menunggu akhirnya pada tahun 2011 , kami berjaya membawa pulang Piala Perdana Menteri yang amat berharga. Saya tidak mahu semua perkara yang jadi seperti kemenangan gagal untuk dinikmati semula. Saya inginkan pengakhiran saya dalam dunia perdebatan ini berakhir dengan kenangan yang manis.
rintihan ahli KDBM ,
Eyman Asyraf Masfazil.
what we could have been, 5:09 am.